Sunday, December 13, 2009

Changes..its not about what if...its all about why...

Salam..
In the name of Allah the Forgiver

for quite sometimes, i have been dihantui macam2 hal..
its a good thing...but judging me, you will know how far would i be thinking about it..
i was hoping.
more.
from myself.
n
someone
said

stop hoping
begin believing
n thank to that dear someone..
who give me this wonderful words of wisdom by LangitIlahi 

"""Ada orang mengadu pada saya. Dia dihantui masa silam. Katanya, dia hendak berubah. Tetapi tidak mampu kerana sering teringat akan keburukan-keburkan yang dilakukannya pada masa yang lepas. Lebih memburukkan keadaan, apabila melihat dia berubah, manusia-manusia di sekelilingnya mencemuh dah mengeluarkan ayat:


“Ala, dah jahat nak buat baik plak”


“Ingat aku nak ampunkan salah silap ko dulu?”


“jangan nak jadi malaikat la weh”


Dan macam-macam lagi.


Dia kesukaran. Seakan laluannya untuk menjadi hamba Allah yang baik, tersekat kerana dihadang oleh satu dinding besar yang maha tebal. Dia tidak mampu bergerak untuk berubah kerana langkahnya terhenti di lorong yang disangkanya jalan mati.


Saya melihat. Saya mendengar. Dan saya meneliti. Dia kata, dia tiada harapan lagi. Tetapi, saya nampak cahaya sakti yang mampu menembusi dinding itu. Jadi saya tanya hendak tanya satu soalan kepada manusia yang ingin berubah, tetapi mengalami situasi ini.


“Kerana apa anda berubah?”


Niat dan matlamat perlu jelas
Apa yang memberikan kekuatan untuk seorang pelari pecut 100 meter, berlari selaju kudratnya sepanjang 100 meter itu? Kenapa kita tidak pernah nampak, pelari pecut 100 meter dalam kejohanan Olimpik dan sebagainya, berlari perlahan santai-santai?


Kerana niatnya jelas. Dia berlari untuk menang. Kerana matlamatnya jelas. Dia mesti buat yang terbaik untuk menggapai pingat. Jadi, mahu atau tidak, apabila dia mempunyai niat dan matlamat sedemikian, maka dia perlu berlari sepantas boleh, walaupun dia sedar ada orang yang lebih pantas daripadanya di track itu.


Begitu juga untuk manusia yang ingin berubah, melakukan perubahan pada diri. Perkara pertama yang perlu dihiraukan bukanlah: “Boleh ke aku berubah?”, “Kalau aku berubah ni, orang terima ke?”, “Aku ni kalau berubah, boleh bertahan ke perubahan aku?”


Yang perlu dilihat oleh manusia yang ingin berubah adalah: “Kenapa aku berubah?”


Niat dan matlamat perlu jelas dalam hal ini. Kerana niat dan matlamatlah yang membekalkan peratus kekuatan terbesar, bagi membantu kita dalam perubahan. Jangan berubah kerana manusia, jangan berubah kerana keadaan, jangan berubah kerana rasa mampu berubah, jangan berubah kerana rasa boleh istiqomah dengan perubahan.


Kita berubah, kerana kita nak jadi hamba Yang Allah redha. Itu matlamat kita. Niat kita berubah adalah kerana Allah, nak Allah kira kita sebagai hamba-Nya yang terbaik, yang diredhai. Maka, mampu atau tidak untuk kita berubah, orang nak kutuk atau nak puji, boleh bertahan atau tidak dengan perubahan, kita nak atau tak nak, kita perlu bergerak ke arah perubahan.


Niat dan matlamat yang jelas inilah, keyakinan ini lah, keimanan ini lah, yang memampukan kita, memberi kekuatan kepada kita, untuk melakukan perubahan, walaupun dikutuk dan dikeji orang, ditohmah segala kata, dicaci dihina. Kerana niat dan matlamat kita, hanya Allah semata-mata, dan bukan kerana mana-mana makhluk-Nya.


Mula lah
Masalah manusia lagi adalah permulaan. Sebelum manusia melangkah, dia sudah menyibukkan dirinya dengan soalan-soalan tadi. “Boleh ke aku berubah?”,“Apa kata orang?”,”Nanti orang kutuk, malu la”. Tapi dia tidak bergerak lagi. Pelumba lari, yang tak berlari, maka apa peratus kemungkinannya untuk menang dalam larian?


0%. Kenapa? Sebab dia tak berlari. Tetapi, kalau dia mula berlari, walaupun saingannya adalah pelari terpantas dalam dunia, peratus kemungkinan untuk menang itu tidak akan menjadi 0%. Mungkin akan meningkat 0.0001%. Siapa tahu yang terjadi di atas track? Sekali pelari terpantas tu terjatuh ke? Maka peratus untuk menang meningkat lagi. Mungkin melonjak ke hingga 50%. Masalahnya, semua itu tidak kita ketahui, melainkan kita bermula.


Begitulah manusia yang inginkan perubahan. Tidak bermula, maka apakah layak untuk kita berkata apa-apa? Apa kata mula dahulu, kemudian baru kita cerita panjang?


Siapa yang bergerak ke arah Allah…
“Saya dah bergerak untuk berubah, tetapi saya ditekan oleh suasana. Masyarakat mengutuk saya, dan tidak menerima perubahan saya. Mereka masih tidak mempercayai saya, dan sering mengungkit keburukan lama saya”


Perkara itu kemungkinan akan berlaku, pada sesiapa yang Allah pilih untuk dia lalui. Maka, ketahuilah bahawa itu ujian daripada Allah SWT, tambahan kasih sayang-Nya, agar kita lebih rapat dan lebih berharap kepada-Nya.


Niat perubahan perlu bersih. Macam saya kata tadi. Kita berubah kerana Allah. Apa kita peduli manusia kata apa? Kita bergerak ke arah Allah SWT, bukan ke arah manusia. Dan ketahuilah bahawasanya Allah SWT itu Maha Besar Kasih Sayang-Nya.


Kalau kita cekal mengharungi ujian, dan bersangka baik kepada Allah SWT yang menurunkan segala duga, saya yakin 500%, hanya kebahagiaan sahajalah yang menanti kita. Kenapa saya amat yakin? Kerana Allah SWT tidak memungkiri janji-Nya.


Berubah itu bukan memaksa
Akhir sekali, sedikit perkongsian apabila berubah. Orang selalu kata, kalau nak berubah, tapi tak mampu istiqomah dengan perubahan, buat apa kan?


Benar. Tetapi, perkara yang manusia perlu faham adalah, perubahan itu bukan dengan cara paksaan. Tiada orang, yang membaca Langit Ilahi hari ini, jadi malaikat keesokan harinya. Penulis Langit Ilahi ini, saya sendiri, masih berusaha mempertingkatkan diri. Sekali sekala jatuh dan mendaki kembali dari kejatuhan.


Berubahlah sedikit demi sedikit, secara berterusan. Contoh mudah, katalah nak berubah dalam masalah tak solat. Takkan la bila berubah, nak terus buat qiamullail sekali? Mustahil. Dan kalau mampu buat pun, biasanya tidak akan bertahan lama. Manusia, bukan berubah seperti plastisin. Ketuk sekali berubah terus bentuknya. Manusia berubah dengan proses yang teratur.


Maka, kita susun jadual. Solat Fardhu dulu. Dari tak solat, kepada asalkan solat. Bila dah mampu istiqomah, solat tak tinggal, kita buat pula peningkatan kepada asalkan solat, kepada solat tepat waktu. Dari solat tepat waktu, kepada solat yang khusyu’. Dalam masa itu, ketahuilah bahawa, nanti hati kita akan dahagakan ‘tambahan’. Tanpa disuruh, hati sendiri akan berkata: “Eh, aku rasa kena solat sunat la.”


Orang akan kata pada saya: “Slow la camtu, berubah apanya?”


Apa masalahnya? Jangan nampak solat sahaja yang hadir dari teknik ini. InsyaAllah, dalam jangka masa dia memperbaiki solatnya, maka bahasanya akan menjadi lembut, akhlaknya akan menjadi sopan, sedikit demi sedikit. Inilah namanya tarbiyah. Bukan menyondol, tetapi dengan seni yang cantik dan teratur. Semuanya akan datang dengan pakej. Cuma pokoknya, perubahan itu perlu berterusan.


Jangan risau dengan sedikitnya perubahan kita hari ini. Ketahuilah, kalau kita istiqomah dengan sedikit itu, seterusnya kita berusaha mempertingkatkan diri kita, berubah sedikit demi sedikit lagi, pasti ada perubahan besar akan berlaku kepada diri kita. Allah itu Maha Penyayang. Siapa dekati Dia selangkah, Allah akan dekatinya 1000 langkah. Yakinlah. Pokoknya, mulakan perubahan, walau sedikit, tetapi istiqomah.


Penutup: Hancurkanlah dinding itu
Kita mampu berubah. Jangan sesekali memberi alasan menyatakan tidak mampu. Allah tidak memungkiri janjinya. Dia tidak akan menguji manusia dengan sesuatu yang tidak mampu manusia laluinya, menyelesaikannya.


Cuma mampu atau tidak, terpulang kepada diri manusia sendiri. Hendak atau tidak untuk berubah? Soalan itu, manusia sendiri perlu menjawabnya.


Allah, Dia tidak zalim dengan manusia. Yang zalim sebenarnya adalah manusia itu sendiri.


Mulakanlah perubahan, jangan kita tangguh-tangguhkan. Mulakan dengan niat yang jelas, matlamat yang jelas. Seterusnya lakukan perubahan, walau sedikit, tetapi pastikan ianya dalam keadaan istiqomah. Usahalah mentarbiyah diri, dan binalah suasana perubahan itu dengan bergaul bersama orang yang baik.


Kita mampu sebenarnya. Dan yakinlah, Allah SWT itu akan membantu kita dalam perubahan ini. Selangkah kita dekati Dia, seribu langkah Dia dekati kita.


Maka, hancurkanlah dinding penghalang di hadapan anda. Sesungguhnya, dinding itu tidak wujud pun sebenarnya. Hanya ilusi dalam mentaliti anda yang lama.""




It is all me.
start with yourself
not with worrying bout others
when what i need
is to believe

in me.

ameeen..



"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. bukalah pintu hatiku kejalan-Mu. leraikanlah pintalan perasaan yang meraja hati umat-Mu. berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi liku hidup didunia-Mu." Ameeen

Wassalam.

5 comments:

sab said...

nice..(n.n)

Nieeyz said...

thumbs up.

ameen~ =)

izyan.ariff said...

go sayang go =)

Faiz Nadzam said...

bez2. thanks for sharing. :D

fatiN said...

kak chik:: heee..thanks..
larleem :: go WE go..sayang ko jute2 gazillion!!!
faiz;:: heee..same2..